Monday, September 30, 2013

CARA TERBAIK JIMATKAN AIR SEMASA BASUH KERETA


1. Sediakan Baldi besar dan kecil,Gayung, Syampu Kereta, Span dan kain Kering.

2. Penuhkan Baldi besar dengan air dan bancuh syampu kereta di dalam baldi kecil.

3. Mula-mula Siram bahagian bumbung dan seluruh cermin dengan air. Kemudian cuci menggunakan syampu. Setelah selesai terus bilas.

4.Selepas itu basuh bahagian depan kereta. Bonet,fender,lampu hadapan dan bumper. Seperti tadi siram dahulu kemudian syampu dan bilas.

5.Kemudian ulang langkah-langkah tadi
untuk membasuh pintu kiri, pintu kanan dan bahagian belakang.

6.Akhir sekali baru lah cuci rim dan tayar.

7.Setelah selesai gunakan kain kering untuk mengelap sehingga kering.

Anda akan Jimat lebih dari 50% penggunaan air jika dibandingkan dengan penggunaan getah.

*Peringatan
a.Lap Bahagian atas dahulu.
b.Bahagian Rim lap Akhir sekali.
c.Jangan gunakan getah
d.Pastikan guna gayung pada setiap siraman.

nizamkamal.my™®
[E-Book/Tips]
-Hidup Untuk Berkongsi-

*Jika Like Sila Share*

SIAP DAN BERJAYA


Assalamualaikum

Tak sangka aku dah siapkan FB Page aku sendiri. Memang aku reti buat rupanya. Cuma selama ni tak ambil tahu je.Dulu tak tahu, Sekarang dah tahu. Memang berubah. Untuk meraikan kepandaian dan kepantasan aku hari ni, aku bawa isteri dan anak-anak makan di restoren arab berdekatan rumah aku ni. Nak tau sebab apa aku pilih tempat tu? Sebab situ ada wifi, dan senang la aku nak mentelaah lagi apa yang aku buat kat rumah tadi. Ni lah dia hasil 'AURA BARA BARA'. Dengan pantas aku terus order makanan. Buka laptop dan cuba connect internet. JAWAPANNYA? Hampeh...Rupanya Internet restoren tu rosak. Aku tak bolehlah salahkan pekerja situ, sebab aku sendiri tak tanya. Tapi buat apa aku nak tanya, dah besar-besar dia tulis 'WIFI FREE'..

Ops..Order sampai..Kabshah Kambing dan manggo jus. Wife aku minat ayam. anak-anak aku dilayan oleh pekerja-pekerja restoren tu. selamat..

Sampai rumah kepala aku dah start berdenyut-denyut. adakah sebab kambing yang aku makan atau aku perlu salurkan keluar  INPUT yang penuh dalam kepala aku ni keluar. Tak boleh Tahan aku terus tidur..

https://www.facebook.com/nizamkamal.my

Sunday, September 29, 2013

REZEKI


Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menuntut ilmu, peluang berniaga atau bekerja, anak, jodoh dan lain-lain.

BERSYUKUR MEMBUATKAN KITA BERTAMBAH KAYA

InShaa Allah / Dengan Izin Allah

BERTENANG SAMBIL BERTINDAK

Assalamualaikum

AL Fatihah Di hadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan Seluruh Ahli keluarga Beliau.
AL Fatihah Di Hadiahkan kepada Kedua Ibu Bapa ku, Kepada Mertua ku ,Kepada Guru2 ku, Kepada Adik Beradik Ku, Kepada Jiran Tetangga ku dan sekalian Umat Islam Yg masih hidup dan yang telah pergi..

Rasa tak biasa pulak dengan hari ni. Sebab tak keluar dari rumah. apa maksudnya tu??? cari sendiri....
Rasa 'JEM' kepala aku ni dah rasa kurang sikit sebab aku dah mula salurkan 'INPUT' yang aku dapat.
Aku rasa lagi cepat keluarkan INPUT yang dapat di I.J.I 3 hari tu lebih cepat OTAK aku ni rasa lega.
Banyak sangat der!!!

Hari ni akan dimulakan projek menerjah alam maya yg lebih mendatangkan hasil. Rasa mcm nak create FB page hari ni. Bak kata bakal JUTAWAN macam aku yang tak berapa bijak pasal proses alam maya ni, "Macam Mana Nak Buat NI ?"...Hentam saja la labu..... Janji aku start buat hari ni. Kalau tak, macam mana aku nk tahu apa yang aku tak tahu.
Semoga apa yang aku buat hari ni di berkati.

In Shaa Allah / Dengan Izin Allah



AURA BARA BARA [I.J.I]

Selama 3 hari menuntut ilmu di IJI membuat kan otak aku yang dah lama membeku ni rasa nak meletup.
Jadual yang sangat padat, input yang sangat banyak.
Memang dah rasa nak 'JEM' otak aku ni.
Tapi disebabkan 'AURA BARA BARA' dari 'MENTOR' dan 'PROTEGE' yang meluap luap membuat kan aku terpalit sama bahangnya.
Tak pernah aku terpikir perkara yang aku lalui 3 hari ini.
Hari ni aku dah rasa mcm 'SUPER POWER' pulak..
'AURA BARA BARA' ni aku taknak padam macam tu je.
Aku kena teruskan perjuangan mencapai matlamat

In Shaa Allah / Dengan Izin Allah

Saturday, September 28, 2013

Pagi Yang Bermatlamat

Assalamualaikum

Untuk diriku dan semua makhluk yg bernyawa.
Matlamat hidup semakin aku nampak di hujung sana.
Aku terus bangkit dari tidur ku yang lama.
Sekarang aku tahu ke mana harus ku tuju
Tekatkan semangat.
Aku harus kuat untuk teruskan perjuangan menuju ke sana.
Ingan pesan Ayah, jgn takut gagal. Think Positive.
Ingat pesan Mama, buat apa saja yg kita nak. Yang penting jangan malas.
Terus dan terus berusaha.

Dengan Izin Allah