Monday, September 30, 2013

CARA TERBAIK JIMATKAN AIR SEMASA BASUH KERETA


1. Sediakan Baldi besar dan kecil,Gayung, Syampu Kereta, Span dan kain Kering.

2. Penuhkan Baldi besar dengan air dan bancuh syampu kereta di dalam baldi kecil.

3. Mula-mula Siram bahagian bumbung dan seluruh cermin dengan air. Kemudian cuci menggunakan syampu. Setelah selesai terus bilas.

4.Selepas itu basuh bahagian depan kereta. Bonet,fender,lampu hadapan dan bumper. Seperti tadi siram dahulu kemudian syampu dan bilas.

5.Kemudian ulang langkah-langkah tadi
untuk membasuh pintu kiri, pintu kanan dan bahagian belakang.

6.Akhir sekali baru lah cuci rim dan tayar.

7.Setelah selesai gunakan kain kering untuk mengelap sehingga kering.

Anda akan Jimat lebih dari 50% penggunaan air jika dibandingkan dengan penggunaan getah.

*Peringatan
a.Lap Bahagian atas dahulu.
b.Bahagian Rim lap Akhir sekali.
c.Jangan gunakan getah
d.Pastikan guna gayung pada setiap siraman.

nizamkamal.my™®
[E-Book/Tips]
-Hidup Untuk Berkongsi-

*Jika Like Sila Share*

No comments:

Post a Comment