Thursday, October 17, 2013

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA KEPADA SEMUA.
SEMOGA TAHUN INI LEBIH BANYAK PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN KERANA ALLAH S.W.T.

Sunday, October 13, 2013

INFO EMAS

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan/dimusnahkan

Friday, October 11, 2013

APA ORANG KATA

"Setiap saat, esakan Allah. Kedua, ikhlaskan diri dalam amalan dan jangan bertangguh mengerjakan suruhan Allah. Ketiga, jangan malu kepada manusia tetapi malulah kepada Allah. Hentikan menyebut perkataan 'apa orang kata' tapi fikirkan 'apa pandangan Allah'".

Petikan Buku Biografi Inspirasi Prof Dr. Muhaya Sejernih Sinar Matamu

Monday, October 7, 2013

BAIK SANGKA

"Orang yang benar-benar tenang ialah mereka yang tidak terkesan denga pujian atau cemuhan orang tetapi mereka sentiasa melihat kebaikan orang dan sentiasa sangka baik dalam setiap keadaan"
#ProfDrMuhaya

Sunday, October 6, 2013

SMS Marketing

Hari ni belajar tentang SMS Marketing System.
Seronok jugak. Boleh buat merketing dengan pantas.
FB+SMS+Bunting

Friday, October 4, 2013

Pagi Yang Penuh Dugaan

Pagi yang Indah dan penuh dengan dugaan.
Kepala aku pening sangat. Tak tau kenapa. Mungkin sebelum ni otak ni jarang guna. Dah berkarat. baru-baru ni je guna maksima. tu yang nak "JEM". Takpa, lama-lama ok la ni.

Pagi ni ada seminar di Shah Alam. Tak pergi rugi. Kuatkan semangat. Mesti pergi.
Bersiap segera...

Thursday, October 3, 2013

SEBELUM NAIK KENDERAAN

5 Tips Sebelum Naik Kenderaan

Sebelum naik kenderaan buat satu pusingan mengelilingi kenderaan anda. Buat pemeriksaan ringkas.

1) Pastikan bonet depan dan belakang tertutup rapat.
2) Tayar mempunyai angin yang mencukupi(tak kempis kira ok la)
3) Cermin hadapan dalam keadaan bersih
4) Tiada kesan-kesan calar/kemek(bagi memudahkan anda memastikan kesan-kesan baru yang anda akan buat
5) Pastikan No plat dalam keadaan baik.

nizamkamal.my™®
[E-Book/Tips]
-Hidup Untuk Berkongsi-
https://www.facebook.com/nizamkamal.my
http://nizamkamal-my.blogspot.com/

Wednesday, October 2, 2013

Jumpa Owner Men's Secret Coffee

Hari ni berjumpa dengan Tuan Haji Azizan. Owner  Syarikat Kopi Men's Secret Coffee. Mmg terbaik, ingatkan bawa anak, rupenya isteri. Nasib baik aku tak tanya. Memang sesuai betul dengan produk yang dia hasilkan.Terbukti. hahahaha.

Tuan Haji Azizan menerangkan kehebatan produk yang dihasilkan. Belum terangkan aku dah tau memang hebat. Bak kata Tuan Haji, Kalau lelaki tak perkasa, rumah tangga susah nak bahagia. Emmmm!!! Betul jugak kan.

Produk yang dikilangkan hasil campuran
a)Tongkat Ali - Yang sangat terkenal sebagai bahan ransangan dan ubat kuat
b)Guarana - Berasal dari Peru melancarkan peredaran darah dan banyak lagi
c)Maca -Berasal dari Brazil yang sangat terkenal dari zaman untuk mengawal emosi dan dikategori sebagai viagra tradisional
d)Herba-herba rahsia yang terpilih- yang mempunyai 1001 kelebihan.

Tapi Produk Kopi ni tak berkesan untuk mereka yang mengalami kencing manis dan Gout yang "TAHAP KRONIK"
Untuk kita yang tak bermasalah dan tidak sampai tahap kronik disyorkan mencuba. Pasti nak lagi katanya. heheheh.

Aku pun apa lagi ambik lah sekotak. Pada sesiapa yang rasa nak try tu boleh whatsapp/call aku. Tapi aku boleh bagi satu paket je la.

FREE untuk 9 orang je... sebab dalam kotak ni ada sepuluh je. 1 untuk aku try.

Tuesday, October 1, 2013

KENDERAAN PALING KERAP KEMALANGAN

KENDERAAN PERSENDIRIAN LEBIH KERAP KEMALANGAN DIBANDINGKAN DENGAN KENDERAAN AWAM/SYARIKAT

INI KERANA KADAR KONSENTRASI PEMANDU KENDERAAN AWAM/SYARIKAT LEBIH BAIK DARI PEMANDU PERSENDIRIAN

KENAPA SAYA KATA BEGITU?

MARI KITA LIHAT 7 PERBEZAAN DI ANTARA MEREKA

1. PEMANDU KENDERAAN AWAM / SYARIKAT

a) Tidak akan menggunakan gadget's ketika memandu. Gadget's akan sentiasa di dalam mode 'SILENT'. Tidak akan menjawab sebarang panggilan atau sms semasa memandu.
b) Volume Radio/muzik hanya akan di pasang mengikut kadar yang perlahan.
c) Tidak bercakap-cakap dengan penumpang melainkan apabila perlu
d) pandangan mata diberi tumpuan yang penuh pada pemanduan
e) Sentiasa mengikut peraturan lalulintas. Contohnya seperti memasang lampu signal setiap kali hendak membelok atau menukar laluan, mengikut kadar had kelajuan yang ditetapkan dan banyak lagi.
f) Pemandu ini terlatih dan menghadari latihan pemanduan yang lebih advance
g) Mereka PAKAR dan  lebih berpengalaman menangani masalah-masalah ketika di jalan raya.

2.PEMANDU KENDERAAN PERSENDIRIAN

a) Kebanyakan mereka suka menggunakan gadget's ketika sedang memandu. Yang paling bahaya menaip mesej dan update status di laman-laman sosial
b) Suka memasang volume Radio/muzik dengan kuat sehingga tidak dapat mendengar keadaan/bunyi dari luar kenderaan.
c) Jika mereka memandu lebih dari seorang, mereka bercakap/berborak bagaikan berada di kedai kopi.
d) Pandangan mata yang tidak ditumpukan ke jalan raya. Contoh-contoh nya seperti di atas tadi.
e) Jarang sekali menggunakan signal untuk menukar lorong.
f) Hanya dilatih oleh sekolah memandu untuk lulus ujian memandu di JPJ.
g) Kurang "kredit hours" di jalan raya.


-JADI TIDAK HAIRAN KENAPA KEBANYAKAN KEMALANGAN MELIBATKAN KENDERAAN PERSENDIRIAN
-PIHAK BERKUASA PERLULAH MENGAMBIL PENDEKATAN LEBIH TERANCANG UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN INI.

CADANGAN:
Pemandu persendirian juga perlu menghadiri latihan-latihan pemanduan yang lebih  advance, bukan sekadar untuk lulus ujian memandu JPJ.

P/S: Semua yang ditulis hanyalah pandangan peribadi penulis. Tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.

nizamkamal.my™®
[E-Book/Tips]
-Hidup Untuk Berkongsi-
https://www.facebook.com/nizamkamal.my
http://nizamkamal-my.blogspot.com/

*Jika Like Sila Share*

DOA & USAHA

BERDOA DAN TERUS BERDOA.
USAHA DAN TERUS BERUSAHA
#NK

DI MANA KITA SEKARANG TIDAK PENTING
YANG PENTING KE MANA HALA TUJU KITA
#DAO

nizamkamal.my™®
[E-Book/Tips]
-Hidup Untuk Berkongsi-

*Jika Like Sila Share*