KENDERAAN PERSENDIRIAN LEBIH KERAP KEMALANGAN DIBANDINGKAN DENGAN KENDERAAN AWAM/SYARIKAT
INI KERANA KADAR KONSENTRASI PEMANDU KENDERAAN AWAM/SYARIKAT LEBIH BAIK DARI PEMANDU PERSENDIRIAN
KENAPA SAYA KATA BEGITU?
MARI KITA LIHAT 7 PERBEZAAN DI ANTARA MEREKA
1. PEMANDU KENDERAAN AWAM / SYARIKAT
a) Tidak akan menggunakan gadget's ketika memandu. Gadget's akan sentiasa di dalam mode 'SILENT'. Tidak akan menjawab sebarang panggilan atau sms semasa memandu.
b) Volume Radio/muzik hanya akan di pasang mengikut kadar yang perlahan.
c) Tidak bercakap-cakap dengan penumpang melainkan apabila perlu
d) pandangan mata diberi tumpuan yang penuh pada pemanduan
e) Sentiasa mengikut peraturan lalulintas. Contohnya seperti memasang lampu signal setiap kali hendak membelok atau menukar laluan, mengikut kadar had kelajuan yang ditetapkan dan banyak lagi.
f) Pemandu ini terlatih dan menghadari latihan pemanduan yang lebih advance
g) Mereka PAKAR dan lebih berpengalaman menangani masalah-masalah ketika di jalan raya.
2.PEMANDU KENDERAAN PERSENDIRIAN
a) Kebanyakan mereka suka menggunakan gadget's ketika sedang memandu. Yang paling bahaya menaip mesej dan update status di laman-laman sosial
b) Suka memasang volume Radio/muzik dengan kuat sehingga tidak dapat mendengar keadaan/bunyi dari luar kenderaan.
c) Jika mereka memandu lebih dari seorang, mereka bercakap/berborak bagaikan berada di kedai kopi.
d) Pandangan mata yang tidak ditumpukan ke jalan raya. Contoh-contoh nya seperti di atas tadi.
e) Jarang sekali menggunakan signal untuk menukar lorong.
f) Hanya dilatih oleh sekolah memandu untuk lulus ujian memandu di JPJ.
g) Kurang "kredit hours" di jalan raya.
-JADI TIDAK HAIRAN KENAPA KEBANYAKAN KEMALANGAN MELIBATKAN KENDERAAN PERSENDIRIAN
-PIHAK BERKUASA PERLULAH MENGAMBIL PENDEKATAN LEBIH TERANCANG UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN INI.
CADANGAN:
Pemandu persendirian juga perlu menghadiri latihan-latihan pemanduan yang lebih advance, bukan sekadar untuk lulus ujian memandu JPJ.
P/S: Semua yang ditulis hanyalah pandangan peribadi penulis. Tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.
nizamkamal.my™®
[E-Book/Tips]
-Hidup Untuk Berkongsi-
https://www.facebook.com/nizamkamal.my
http://nizamkamal-my.blogspot.com/
*Jika Like Sila Share*
No comments:
Post a Comment